Tarikh Kuat Kuasa: 3 Mei 2024
AppLovin Corporation (“kami”, “kita” atau “AppLovin”) mengendalikan set alatan untuk pembangun aplikasi dan perniagaan lain bagi mengautomasikan dan mengoptimumkan pemasaran dan pengewangan platform, produk atau perkhidmatan mereka dengan mendayakan peletakan pelbagai jenis iklan pada pemilikan digital termasuk aplikasi mudah alih, tapak web dan peranti TV yang disambungkan (secara kolektif, “Perkhidmatan Pengiklanan” atau “Perkhidmatan”). Seperti yang dijelaskan di bawah, pengguna berinteraksi dengan kami dalam beberapa cara, terutamanya melalui iklan yang disampaikan oleh AppLovin bagi pihak pengiklan.
Dasar Privasi AppLovin (“Dasar Privasi” ini) menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan dan berkongsi maklumat melalui platform Perkhidmatan dan pengiklanan kami, dan tapak qeb korporat kami di www.applovin.com (“Tapak Web”), serta pilihan anda berkaitan dengan maklumat tersebut.
Perkhidmatan Pengiklanan Kami
Bahagian ini menerangkan maklumat yang kami kumpul, guna dan kongsi melalui Perkhidmatan Pengiklanan kami.
Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Umum
Jika anda ialah pengguna yang memuat turun dan menggunakan aplikasi yang mengandungi SDK AppLovin atau berinteraksi dengan Perkhidmatan melalui iklan yang disampaikan dalam pemilikan digital, kami mungkin mengumpul maklumat tertentu, termasuk yang berikut:
Peranti, Aplikasi dan Data Pelayar
- Buatan, model dan sistem pengendalian peranti;
- Ciri peranti berkaitan dengan saiz skrin, orientasi, audio, bateri, penggunaan memori peranti, tetapan dan masa but;
- Tetapan peranti yang berkaitan dengan ciri kebolehaksesan, saiz fon dan tema;
- Pembawa;
- Sistem pengendalian;
- Nama dan sifat aplikasi mudah alih yang melaluinya pengguna berinteraksi dengan Perkhidmatan;
- Negara, zon waktu dan tetapan setempat (negara dan bahasa pilihan);
- Data geolokasi kasar peringkat bandar dan/atau negara atau yang lain;
- Jenis dan kelajuan sambungan rangkaian;
- Alamat IP;
- Ejen pengguna pelayar Internet yang digunakan untuk mengakses Perkhidmatan;
- Maklumat pengepala HTTP;
- ID Pengiklanan (IDFA/GAID/Amazon FOSAID);
- ID Vendor (IDFV);
- ID Set Aplikasi; dan
- Pilihan dan sekatan pengiklanan dan penjejakan.
Penerbit aplikasi boleh memilih untuk berkongsi maklumat tambahan dengan kami termasuk umur atau tahun kelahiran, jantina, e-mel, nombor telefon dan segmen minat untuk tujuan penyiaran iklan langsung mereka sendiri. Kami tidak menyimpan data ini atau menyerahkan ia kepada pihak lain yang terlibat hinggalah rakan kongsi pengiklanan. Sila lihat dasar privasi penerbit yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan dasar tersebut ke atas data pihak pertama.
Pengiklan (melalui pengiklan itu sendiri atau melalui penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi pihak pengiklan tersebut) juga boleh berkongsi data transaksi atau “peristiwa” yang berkaitan dengan interaksi pengguna dengan aplikasi, seperti maklumat tentang tindakan yang diambil dalam aplikasi seperti pembelian atau pemasangan aplikasi.
Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Khusus kepada Iklan e-Dagang Sahaja
Jika anda ialah pengguna yang berinteraksi dengan Perkhidmatan melalui platform e-dagang atau tapak web pedagang, kami mungkin mengumpul maklumat tambahan tertentu (yang anda berikan kepada platform e-dagang atau pedagang, melalui API pihak ketiga, SDK kami, piksel atau teknologi lain yang serupa), termasuk yang berikut:
Pengecam Peribadi
- Nama;
- Alamat e-mel;
- Nombor telefon;
- Alamat surat menyurat; dan
- Nama pengguna.
Data dan Peristiwa Membeli-belah dan Semak Imbas
- Tingkah laku semak imbas membeli-belah (cth., paparan) dan sejarah carian;
- Rekod produk yang dibeli atau dipertimbangkan (cth., ditambahkan pada troli, daftar keluar);
- Sejarah pembelian;
- Kecenderungan atau pilihan; dan
- Maklumat berkenaan interaksi pengguna dengan rakan kongsi pengiklanan serta laman dan iklan rakan kongsi pedagang mereka.
Cara Kami Mengumpul Maklumat Anda
Maklumat ini mungkin dikumpulkan secara automatik pada semua aplikasi dan peranti mudah alih atau diterima daripada pihak ketiga merentas teknologi yang berbeza dari semasa ke semasa. Kami juga mungkin menggabungkan maklumat yang kami kumpulkan dengan maklumat lain yang kami terbitkan melalui teknik beranalisis dan kami akan menggunakan maklumat yang digabungkan itu untuk menawarkan Perkhidmatan.
Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda
Kami biasanya menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk:
- Menyampaikan Perkhidmatan, mengekalkan dan menambah baik Perkhidmatan, termasuk teknologi pengiklanan dikuasakan AI kami, dan menyelidik serta membangunkan teknologi yang baharu;
- Menggalakkan keselamatan, perlindungan dan integriti Perkhidmatan;
- Menyediakan pengukuran, analisis dan pelaporan; dan
- Mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia.
Kami menggunakan teknologi pengiklanan dikuasakan AI (kadangkala dirujuk sebagai “membuat keputusan berautomasi”) untuk membantu kami meningkatkan produk dan Perkhidmatan pengiklanan kami serta menyiarkan iklan yang berkaitan dan menarik kepada anda. Kami menggunakannya dengan cara yang tidak menghasilkan kesan undang-undang atau kesan ketara yang serupa pada anda (contohnya, dengan menyusun semula cara iklan mungkin muncul apabila anda melawati pemilikan digital seperti aplikasi mudah alih atau tapak web).
Perkongsian Maklumat
Kami mungkin berkongsi maklumat yang kami kumpulkan atau peroleh dengan pihak ketiga dalam konteks berikut:
- Penyedia Perkhidmatan. Kami memindahkan maklumat kepada penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi lain yang menyokong perniagaan kami, seperti menyediakan perkhidmatan infrastruktur teknikal, menganalisis cara Perkhidmatan kami digunakan, mengukur keberkesanan iklan dan perkhidmatan, menyediakan khidmat pelanggan atau memudahkan pembayaran. Rakan kongsi ini mesti mematuhi kewajipan kerahsiaan yang ketat dengan cara yang konsisten dengan Dasar Privasi ini dan perjanjian yang kami ikat dengan mereka.
- Ahli Gabungan. Kami mungkin berkongsi maklumat di dalam keluarga syarikat AppLovin untuk tujuan yang konsisten dengan Dasar Privasi ini.
- Rakan Kongsi Pengiklanan. Kami berkongsi maklumat dengan rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga kami, termasuk pengiklan, rangkaian iklan, bursa, platform sisi permintaan, pedagang, rakan kongsi pengiklanan lain (yang mengagregat sumber permintaan mereka sendiri) dan rakan kongsi pengoptimuman dan pengukuran/atribusi iklan (cth., rakan kongsi pengukuran mudah alih atau “MMP”) untuk menyediakan Perkhidmatan Pengiklanan kepada pelanggan kami. Maklumat ini mungkin digunakan oleh rakan kongsi pihak ketiga tersebut untuk mengukur keberkesanan iklan, menunjukkan iklan kepada pengguna akhir untuk produk dan perkhidmatan yang berkemungkinan menarik minat mereka (amalan yang dikenali sebagai pengiklanan berdasarkan minat atau pengiklanan tingkah laku), dan untuk menggunakan analisis web bagi menganalisis trafik dan aktiviti iklan lain bagi menambah baik pengalaman pengiklanan.
Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam senarai rakan kongsi kami, setiap rakan kongsi pengiklanan AppLovin merupakan pengawal bebas bagi data anda. Anda boleh melihat senarai rakan kongsi pengiklanan AppLovin yang kami berkongsi data anda dengan mereka di sini, terkini pada tarikh yang disenaraikan di bahagian atas halaman tersebut.
Jika anda tidak mahu menerima iklan berdasarkan minat, sila lihat bahagian “Urus Pilihan Privasi Anda” di bawah. Jika anda berada di Kesatuan Eropah, UK atau Switzerland, anda juga boleh melihat bahagian “Peruntukan Tambahan untuk Individu EU/UK” di bawah untuk lebih banyak pilihan. Jika anda seorang individu pemastautin di negeri A.S. yang telah menggubal undang-undang privasi pengguna yang komprehensif, anda juga boleh menyemak bahagian “Notis Privasi Berbilang Negeri A.S” di bawah untuk lebih banyak pilihan.
Sila ambil perhatian bahawa amalan rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga kami yang menyampaikan iklan melalui Perkhidmatan kami adalah tertakluk kepada dasar privasi rakan kongsi itu sendiri. - Keperluan Kawal Selia atau Undang-undang. Kami mungkin mendedahkan maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia kerajaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, termasuk untuk tujuan cukai atau perakaunan, sebagai tindak balas kepada permintaan mereka untuk maklumat tersebut atau untuk membantu dalam penyiasatan. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga berkaitan dengan tuntutan, pertikaian atau litigasi, apabila sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mahkamah.
- Penguatkuasaan Keselamatan dan Terma. Kami mungkin mendedahkan maklumat jika kami menentukan, mengikut budi bicara mutlak kami, bahawa pendedahannya adalah perlu untuk melindungi kesihatan, keselamatan, atau hak anda atau mana-mana orang lain, melindungi daripada penipuan, atau menguatkuasakan hak undang-undang kami, termasuk komitmen kontrak yang dibuat kepada kami oleh pihak ketiga.
- Pemindahan Perniagaan. Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi sebagai sebahagian daripada transaksi perniagaan organisasi, seperti penggabungan, pemerolehan, usaha sama, pembiayaan atau penjualan aset organisasi dan boleh memindahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga sebagai salah satu aset perniagaan dalam transaksi sedemikian. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi sekiranya berlaku ketakmampuan bayar, kebankrapan atau penerimaan.
Urus Pilihan Privasi Anda:
Untuk mengehadkan pengumpulan maklumat daripada peranti mudah alih, termasuk data lokasi, sila lawati tetapan peranti anda untuk menetapkan “Hadkan Jejak Iklan”, “Perkhidmatan Berdasarkan Lokasi,” atau ciri lain yang serupa pada peranti anda. Selain itu, anda boleh menarik diri daripada pengiklanan berdasarkan minat dalam iklan yang disiarkan oleh AppLovin. Untuk mendapatkan arahan terperinci, lihat Cara AppLovin Menunjukkan Iklan kepada Anda. Anda juga boleh membuat pilihan tentang pengumpulan data untuk syarikat tertentu dengan melawati platform pilihan pengguna industri seperti NAI (https://optout.networkadvertising.org/) atau DAA (https://optout.aboutads.info/). Anda mungkin masih menerima iklan selepas mengehadkan pemprosesan maklumat untuk pengiklanan berdasarkan minat tetapi iklan tersebut mungkin kurang berkaitan dengan minat anda.
Untuk melihat atau menguruskan data yang dikumpulkan oleh AppLovin daripada peranti anda, anda boleh memuat turun Aplikasi Pengurusan Privasi AppLovin daripada Apple atau Gedung Google Play:
Dengan menavigasi tab dalam Aplikasi Pengurusan Privasi AppLovin, anda boleh memadamkan maklumat peribadi yang mungkin telah dikumpulkan oleh AppLovin tentang anda atau meminta salinan maklumat peribadi tersebut.
Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak
Kami tidak dengan sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada, atau menyiarkan iklan kepada, kanak-kanak seperti yang ditakrifkan dan dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan. Jika anda percaya kami telah menyiarkan iklan kepada kanak-kanak atau mungkin mempunyai sebarang maklumat peribadi daripada atau tentang kanak-kanak, atau jika anda percaya aplikasi mudah alih mungkin direka bentuk secara eksklusif untuk, diarahkan kepada atau menyampaikan maklumat peribadi dengan sengaja daripada kanak-kanak, sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected].
Kami mungkin mengumpulkan jenis maklumat tertentu (cth., IDFV, bendera berkaitan umur penerbit) daripada aplikasi khalayak umum untuk aktiviti yang sesuai dengan pengecualian “sokongan untuk operasi dalaman” daripada notis dan keperluan persetujuan dalam Peraturan Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak.
Keselamatan dan Pengekalan Data
Kami melaksanakan langkah yang munasabah untuk membantu dalam melindungi maklumat yang kami kumpulkan melalui Perkhidmatan. Kami mengekalkan data yang kami kumpulkan melalui Perkhidmatan sehingga 2 tahun. Maklumat disingkirkan secara automatik daripada sistem kami sekiranya Sistem tidak menerima apa-apa maklumat yang dikemas kini untuk peranti sepanjang 2 tahun yang lalu. Harap maklum bahawa kami mengekalkan maklumat dalam sistem kami selama tempoh yang perlu untuk tujuan mematuhi kewajipan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan perjanjian kami.
[PERUNTUKAN KHUSUS PERKHIDMATAN PENGIKLANAN TAMAT]
Tapak Web Kami
Bahagian ini menerangkan maklumat yang kami kumpul, guna dan kongsi melalui Tapak Web kami.
Kuki dan Teknologi Lain yang Serupa
Tapak Web ini menggunakan kuki, bikon web atau teknologi lain yang serupa untuk mengumpul maklumat bagi pelbagai tujuan, termasuk pengiklanan berdasarkan minat. Maklumat ini mungkin termasuk alamat IP anda, pengecam peranti, jenis pelayar, jenis peranti, tarikh dan masa lawatan anda dan bahagian Tapak Web yang anda lawati. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dan mengurus kuki di Tapak Web ini, sila klik “Tetapan Kuki” dalam pengaki Tapak Web kami. Anda juga mungkin dapat mengehadkan penggunaan kuki melalui tetapan pelayar anda. Harap maklum bahawa bahagian tertentu Tapak Web mungkin tidak berfungsi dengan betul tanpa kuki. Selain itu, anda mungkin masih menerima iklan selepas mengehadkan pemprosesan maklumat untuk pengiklanan berdasarkan minat tetapi iklan tersebut mungkin kurang berkaitan dengan minat anda. Jika anda memadamkan kuki anda, menetapkan semula pengecam peranti anda atau menggunakan pelayar atau peranti yang berbeza, anda mungkin perlu membuat pilihan anda sekali lagi.
Kami bekerjasama dengan Google Analytics untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara anda menggunakan Tapak Web kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang fungsi Google Analytics, anda boleh melayari di sini. Untuk menarik diri daripada Google Analytics, anda boleh melayari di sini dan ikuti arahan.
Pengumpulan Maklumat Tambahan untuk Pemilik Akaun Perniagaan
Apabila anda mendaftar dengan AppLovin untuk menggunakan Perkhidmatan kami, anda mungkin memberikan kami maklumat peribadi seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, alamat surat-menyurat, nama pengguna dan kata laluan anda. Anda juga mungkin memberikan kami maklumat pembayaran apabila anda menyerahkan atau menerima pembayaran, atau maklumat lain apabila anda melengkapkan borang dalam talian yang tersedia pada Tapak Web. Kami juga mungkin memperoleh maklumat daripada sumber lain yang dipercayai untuk mengemas kini atau menambah maklumat yang anda berikan secara sukarela kepada kami atau yang kami kumpulkan secara automatik.
Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda
Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami kumpulkan atau anda berikan kepada kami melalui Tapak Web untuk pelbagai tujuan, termasuk:
- Untuk berkomunikasi dengan anda, contohnya melalui surat berita atau dengan maklumat lain tentang produk dan perkhidmatan kami;
- Untuk mengendalikan dan menambah baik Tapak Web dan Perkhidmatan kami;
- Untuk menyesuaikan Tapak Web;
- Untuk analisis dan penyelidikan;
- Untuk tujuan pemasaran; dan
- Untuk tujuan yang didedahkan pada masa pengumpulan.
Perkongsian Maklumat
Kami mungkin berkongsi maklumat yang kami kumpulkan melalui Tapak Web dalam konteks berikut:
- Dengan persetujuan anda;
- Untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran;
- Sebagai respons kepada sepina, perintah mahkamah atau proses undang-undang lain;
- Untuk melindungi hak kami dan hak orang lain;
- Dengan ahli gabungan kami;
- Dengan penyedia perkhidmatan yang membantu kami mengendalikan Tapak Web dan Perkhidmatan;
- Sebagai sebahagian daripada penjualan, penggabungan atau pemerolehan, termasuk semasa muflis; dan
- Untuk tujuan yang didedahkan pada masa pengumpulan.
Pautan ke Tapak Web Lain
Tapak Web ini mungkin menyediakan pautan ke Tapak Web lain atau pemilikan digital lain yang tidak kami kawal. Kami menggalakkan anda agar menyemak dasar privasi bagi pemilikan digital tersebut yang mungkin anda layari.
Mengemas kini Maklumat
Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami dengan membetulkan, mengemas kini atau memadam maklumat yang dikaitkan dengan anda melalui akaun AppLovin anda. Untuk menambah, mengubah suai, mengalih keluar atau meminta akses kepada maklumat peribadi tentang anda yang kami pegang, sila lihat bahagian “Hubungi Kami” di bawah.
Pilihan Pemasaran Anda
Jika anda tidak lagi mahu menerima e-mel berkaitan pemasaran daripada kami secara berterusan, anda boleh menarik diri daripada menerima e-mel ini dengan mengklik “Nyahlanggan” di bahagian bawah mana-mana e-mel pemasaran yang anda terima daripada kami atau dengan menghantar e-mel kepada kami di [email protected].
Kanak-kanak
Tapak Web kami tidak bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak seperti yang ditakrifkan dan dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan. Kami tidak mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak dengan sengaja melalui Tapak Web. Jika anda percaya kami mungkin mempunyai sebarang maklumat peribadi daripada atau tentang kanak-kanak, sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected].
Keselamatan dan Pengekalan Data
Kami telah melaksanakan langkah keselamatan fizikal, teknikal dan pentadbiran yang munasabah untuk Tapak Web bagi membantu melindungi maklumat yang kami kumpul dan simpan.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan pengekalan yang dikaitkan dengan kuki pada domain applovin.com, sila klik “Tetapan Kuki” dalam pengaki Tapak Web kami untuk mengetahui lebih lanjut.
Kami mengekalkan maklumat lain seperti maklumat hubungan pelanggan dan pembayaran dalam sistem kami selama yang diperlukan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang bagi mematuhi kewajipan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan perjanjian kami.
[PERUNTUKAN KHUSUS TAPAK WEB TAMAT]
Peruntukan Tambahan untuk Individu EU/UK
Jika anda berada di Kesatuan Eropah, Switzerland atau United Kingdom, peruntukan tambahan berikut terpakai kepada anda.
Kerangka Privasi Data
AppLovin mematuhi Kerangka Privasi Data EU-A.S (EU-U.S. DPF), Pelanjutan UK kepada EU-U.S. DPF, dan Kerangka Privasi Data Swiss-A.S. (Swiss-U.S. DPF) seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan A.S.
AppLovin telah memperakui kepada Jabatan Perdagangan A.S. bahawa ia mematuhi Prinsip Kerangka Privasi Data EU-A.S. (Prinsip EU-A.S. DPF) berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang diterima daripada Kesatuan Eropah dengan bergantung kepada EU-A.S. DPF dan dari United Kingdom (dan Gibraltar) di bawah Pelanjutan UK kepada EU-A.S. DPF. AppLovin telah memperakui kepada Jabatan Perdagangan A.S. bahawa ia mematuhi Prinsip Kerangka Privasi Data Swiss-A.S. (Prinsip Swiss-A.S. DPF) berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang diterima daripada Switzerland dengan bergantung pada Swiss-A.S. DPF. AppLovin komited untuk menjadikan semua data peribadi yang diterima daripada Kerangka Privasi Data, tertakluk kepada Prinsip Kerangka yang berkenaan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kerangka Privasi Data, lawati Senarai Kerangka Privasi Data Jabatan Perdagangan A.S., tersedia di: https://www.dataprivacyframework.gov/.
AppLovin bertanggungjawab ke atas pemprosesan data peribadi yang diterima di bawah setiap Kerangka Privasi Data dan kemudiannya memindahkan kepada pihak ketiga yang bertindak sebagai ejen bagi pihaknya. AppLovin mematuhi Prinsip Kerangka Privasi Data untuk semua pemindahan seterusnya bagi data peribadi dari EU, United Kingdom dan Switzerland, termasuk peruntukan liabiliti pemindahan seterusnya.
Berkenaan dengan data peribadi yang diterima atau dipindahkan menurut Kerangka Privasi Data, AppLovin tertakluk kepada kuasa penguatkuasaan kawal selia Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan A.S.. Dalam situasi tertentu, AppLovin mungkin dikehendaki untuk mendedahkan data peribadi sebagai tindak balas kepada permintaan yang sah oleh pihak berkuasa awam, termasuk untuk memenuhi keperluan keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang.
Selaras dengan EU-A.S. DPF, Pelanjutan UK kepada EU-A.S. DPF, dan Swiss-A.S. DPF, AppLovin komited untuk merujuk aduan yang belum diselesaikan berkenaan dengan pengendalian data peribadi kami yang diterima dengan bergantung pada EU-A.S. DPF, Pelanjutan UK kepada EU-A.S. DPF, dan Swiss-A.S. DPF kepada TRUSTe, penyedia penyelesaian pertikaian alternatif yang berpusat di Amerika Syarikat. Jika anda tidak menerima perakuan tepat pada masanya tentang aduan berkaitan Prinsip DPF anda daripada kami, atau jika kami tidak menangani aduan berkaitan Prinsip DPF anda mengikut kepuasan hati anda, sila layari https://feedback-form.truste.com/watchdog/request untuk mendapatkan maklumat lanjut atau memfailkan aduan. Perkhidmatan penyelesaian pertikaian ini disediakan tanpa kos kepada anda.
Untuk aduan mengenai pematuhan DPF yang tidak diselesaikan oleh mana-mana mekanisme DPF yang lain, anda mempunyai kemungkinan, di bawah syarat tertentu, untuk menggunakan timbang tara mengikat. Maklumat lanjut boleh didapati di tapak web rasmi DPF.
Asas Undang-undang untuk Pemprosesan
Dalam keadaan tertentu, kami memproses data peribadi anda apabila perlu untuk pelaksanaan kontrak yang anda merupakan satu pihak, seperti untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda. Kami juga mungkin memproses data peribadi anda untuk bertindak balas terhadap pertanyaan anda berkenaan dengan produk dan perkhidmatan kami.
Dalam keadaan lain, kami memproses data peribadi anda jika diperlukan oleh undang-undang. Kami juga mungkin memproses data peribadi anda jika perlu untuk melindungi kepentingan anda atau kepentingan pihak ketiga.
Selain itu, kami memproses data peribadi anda apabila perlu untuk berbuat demikian untuk tujuan pencegahan penipuan, menambah baik rangkaian dan perkhidmatan kami, dan memasarkan perkhidmatan kami kepada pengiklan dan penerbit, dengan syarat bahawa kepentingan ini tidak diatasi oleh hak perlindungan data anda.
Jika pemprosesan data peribadi anda perlu, umumnya kami akan memastikan bahawa persetujuan telah diperoleh daripada anda sekiranya tiada asas undang-undang lain untuk pemprosesan sedemikian. Anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda bagi memproses data peribadi anda pada bila-bila masa.
Untuk membuat pertanyaan tentang pemprosesan data, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami. Layari bahagian “Perhubungan” di bawah untuk mengetahui maklumat perhubungan.
Kanak-kanak
Kami tidak mengumpul maklumat peribadi dengan sengaja daripada, atau menyiarkan pengiklanan kepada, kanak-kanak di bawah umur 16 tahun melalui Perkhidmatan Pengiklanan dan Tapak Web. Jika anda percaya kami telah menyiarkan iklan kepada kanak-kanak atau mungkin mempunyai sebarang maklumat peribadi daripada atau tentang kanak-kanak, atau jika anda percaya aplikasi mudah alih mungkin direka bentuk secara eksklusif untuk, diarahkan kepada atau menyampaikan maklumat peribadi dengan sengaja daripada kanak-kanak, sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected].
Hak Anda
Jika anda seorang individu di EU atau UK, anda boleh:
- Meminta akses kepada data peribadi yang kami simpan tentang anda;
- Meminta kami agar membetulkan atau memadamkan data peribadi anda;
- Meminta kami agar mengehadkan atau menyekat pemprosesan data peribadi anda;
- Di bawah keadaan tertentu, menerima data peribadi tentang anda yang telah kami simpan dan pindahkan kepada orang lain tanpa halangan daripada kami, termasuk permintaan agar kami menyediakan data peribadi anda secara langsung kepada orang lain, cth., hak terhadap kemudahalihan data; dan
- Sekiranya kami telah memperoleh persetujuan anda sebelum ini, menarik balik persetujuan pemprosesan data peribadi anda.
Untuk melaksanakan hak ini, sila hubungi kami di alamat e-mel yang dinyatakan dalam bahagian “Hubungi Kami” di bawah. Pegawai Perlindungan Data kami juga boleh dihubungi di alamat e-mel ini. Harap maklum bahawa kami mungkin tidak dapat memberikan hak ini kepada anda di bawah keadaan tertentu, seperti sekiranya kami dihalang secara sah daripada berbuat demikian.
Dalam keadaan tertentu, anda boleh melantik ejen yang diberi kuasa untuk melaksanakan apa-apa hak yang mungkin anda miliki bagi pihak anda. Jika anda memilih untuk melaksanakan sebarang hak melalui ejen yang diberi kuasa, anda perlu mengesahkan identiti anda secara langsung dengan kami sebelum kami boleh memproses sebarang permintaan. Selain itu, kami memerlukan dokumentasi bertulis yang menunjukkan kuasa ejen yang diberi kuasa itu untuk bertindak bagi pihak anda.
Selain itu, anda berhak membuat aduan terhadap kami. Untuk berbuat demikian, hubungi pihak berkuasa penyeliaan di negara kediaman anda.
Wakil Privasi EU dan UK
Kami telah melantik Prighter Group sebagai wakil privasi kami di EU dan UK. Anda boleh menghubungi kami melalui wakil privasi kami di alamat berikut:
Bagi penduduk di EU:
Wakil PrighterGDPR oleh Maetzler Rechtsanwalts GmbH & Co KG
c/o AppLovin Corporation
Kriegerstraße 44
30161 Hannover
Germany
Bagi penduduk di UK:
Wakil PrighterUK oleh Prighter Ltd.
c/o AppLovin Corporation
20 Mortlake Mortlake High Street
London, SW14 8JN
United Kingdom
Maklumat tambahan berkenaan wakil privasi kami boleh didapati di pautan berikut: https://prighter.com/q/19826057144.
[PERUNTUKAN KHUSUS EU/UK TAMAT]
Notis Privasi Berbilang Negeri A.S
Peruntukan tambahan untuk penduduk individu di negeri A.S. yang telah menggubal undang-undang privasi pengguna yang komprehensif disertakan dalam Notis Privasi Berbilang Negeri A.S kami, yang menerangkan cara penduduk tersebut boleh menggunakan hak privasi mereka.
Perubahan Dasar
Kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, membuat perubahan pada Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk menampung teknologi baharu, amalan industri, keperluan kawal selia atau untuk tujuan lain. Jika kami membuat sebarang perubahan, kami akan mengemas kini “Tarikh Kuat kuasa” yang disiarkan di bahagian atas Dasar Privasi ini. Jika kami membuat sebarang perubahan penting, kami mungkin memaklumkan anda melalui e-mel (dihantar ke alamat e-mel yang dinyatakan dalam akaun anda) atau melalui notis pada Tapak Web sebelum perubahan itu berkuat kuasa. Kami menggalakkan agar anda menyemak Dasar Privasi ini secara berkala untuk memastikan anda memahami cara kami mengumpul, menggunakan dan berkongsi maklumat.
Sebarang perubahan kepada Dasar Privasi ini akan berkuat kuasa apabila Dasar Privasi yang disemak disiarkan pada Tapak Web. Dengan terus menggunakan Tapak Web atau Perkhidmatan Pengiklanan berikutan perubahan tersebut, anda bersetuju untuk menerima terma Dasar Privasi yang telah disemak.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen mengenai Dasar Privasi ini, sila tulis kepada kami di:
Pegawai Perlindungan Data
AppLovin Corporation
1100 Page Mill Road
Palo Alto, CA 94304
Anda juga boleh menghubungi kami atau Pegawai Perlindungan Data kami melalui e-mel di [email protected].
Sila pastikan anda menyertakan maklumat akaun anda yang berkaitan dalam sebarang surat-menyurat kepada kami. Maklumat ini akan membantu memastikan kami dapat menjawab pertanyaan anda tepat pada masanya.
Jika anda mempunyai isu khidmat pelanggan, sila layari Sokongan AppLovin.